Cara Membuat Tempahan

LANGKAH PERTAMA YANG PERLU DIBUAT

Pilih Kad, kotak, bag, tag atau apa sahaja tempahan yang hendak dibuat, hantar email (sila saiz kad dan kuantiti untuk kami membuat perkiraan harga yang diminta serta diskaun yang boleh kami berikan)
atau hubungi kami terus untuk keterangan atau perbincangan harga kad serta proses yang akan dipersetujui ditalian.

Semua keterangan atau perbincangan telah dipersetujui, pihak kami akan emailkan BORANG TEMPAHAN ke alamat email anda.
 

Isikan & emailkan semula atau whatsapp pada kami, 
ISI BORANG TEMPAHAN
Pastikan borang di isi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya maklumat yg dicetak adalah di atas kesilapan anda. 

Sila scan dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda dan emailkan kepada kami. 
 
Sila emailkan bukti pembayaran anda kepada kami.
Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan
TEMPAHAN TANPA DEPOSIT TIDAK AKAN DIPROSES. 


REKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN

Kami akan mulakan proses pembikinan artwork (Draf) apabila langkah di atas telah selesai diikuti.
Tempoh pembikinan artwork (Draf) adalan 5 ke 7 hari berkerja * tetapi bagi musim perkahwinan artwork (Draf) akan mengambil masa 10 ke 15 hari bekerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.

PEMBETULAN
Sila semak dengan teliti (isi kandungan + peta) kad kahwin anda.
Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. 
Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.

PROSES MENCETAK 
Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui. Tempoh proses cetakan adalah diantara 10 ke 15 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda.
 
KAD SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap sedia untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 10 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda.
 
PENGHANTARAN
Penghantaran adalah tertakluk pada tempat dan keadaan. Sekiranya anda berada diluar kawasan Negeri Sembilan perkhidmatan courier / kargo penerbangan akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. 

Harga akan diberitahu kelak mengikut berat kad. 

Penghantaran ke Singapore, Sabah, Sarawak & Brunei akan mengambil masa 1-3 hari tertakluk pada tempat dan keadaan. 
Sila buat tempahan lebih awal supaya masalah kelewatan tidak berlaku.

No comments:

Post a Comment